Kerana nila setitik, habis susu sebelanga! Susulan kontroversi pelawak
gila seks seperti yang didakwa oleh sebuah akbar tempatan sebelum ini,
ramai pelawak lain yang terkena tempias.
Malah ada dalam kalangan peminat yang mula melabel semua pelawak di
Malaysia sebagai gila seks. Atas faktor tersebut, Abam Bocey dan Tauke
Jambu tampil menyelar tindakan pelawak tersebut.
Ramai Tuduh Saya – Tauke Jambu
Bercakap kepada media, Tauke ternyata kurang senang apabila orang ramai
mula mengaitkan namanya dengan pelawak gila seks seperti yang
dilaporkan.
Apabila berita ini keluar ramai yang menuduh saya sebagai pelawak yang dimaksudkan, namun saya merasakan perkara ini tidak adil bagi saya.Mungkin sejarah yang menyebabkan orang menuduh saya. …tapi, teliti bukti yang ada serta jangan cepat jatuhkan hukum ke atas saya.Sepatutnya orang ramai yang membaca kontroversi berkenaan pelawak itu janganlah terlalu cepat membuat andaian dan menuding jari.
Bawa-Bawa Bertaubatlah – Abam Bocey
Mengakui terkesan dengan kontroversi tersebut, Abam bagaimanapun minta
agar pelawak terbabit bertaubat dan berkahwin saja. Kerana tindakan
bodohnya, orang mungkin takut hendak berkawan dengan pelawak.
Memang saya sangat terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova itu kerana apa yang beliau buat itu secara tidak sengaja akan melabelkan pelawak di mata orang ramai sebagai gila seks.Jangan kerana kontroversi itu membuatkan orang takut hendak berkawan dengan kami. Pelawak sudah diiktiraf di Malaysia tetapi apabila perlu wujudnya perkara sebegitu, ianya boleh merosakkan industri pelawak tempatan.Tindakan pelawak kasanova itu bukan sahaja mencalarkan malah menggelapkan portfolio pelawak di Malaysia. Ianya boleh membuatkan semua pelawak terkesan kerana semuanya turut terpalit.Kepada pelawak itu, sudah-sudahlah.. Kalau perlu kahwin, kahwinlah. Selalunya orang sebegitu adalah individu yang kurang kasih sayang dan perhatian dari perempuan. Bawa-bawa bertaubat.
0 Response to "BAWA BAWA BERTAUBAT LAH - ABAM BOCEY"
Post a Comment