Johan Tampil Beri Penjelasan Mengejut Mengenai Isu Cium Mulut



Pelawak dan penyampai radio, Johan telah mencetuskan kontroversi apabila mencium bibir isterinya ketika siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada malam Ahad.

Aksi spontan Johan itu telah mendapat kritikan pelayar laman sosial yang berpendapat perbuatan mencium mulut itu sebagai sesuatu yang tidak wajar.



Apatah lagi, perbuatan tersebut ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan dirasakan kurang sesuai dilakukan oleh orang timur.

Bagaimanapun Johan memberitahu, tindakan itu dilakukan secara spontan dan sebagai tanda berkongsi kegembiraannya bersama Ozlynn.

"Saya tidak kisah dengan tanggapan orang dan apa yang orang mahu kata sebab dia isteri saya, Jadi, tiada masalah melainkan jika kami belum berkahwin atau dia bukan isteri saya.



"Apa pun yang jadi, isteri saya ada di sisi saya selama 24 jam. Isteri saya orang pertama yang tahu segala apa yang saya capai.
"Saya berkongsi semua dengan isteri saya, susah senang dan dia sentiasa ada di sisi,” jelasnya.

Kata Johan lagi Ozlynn adalah antara individu yang paling penting dalam hidupnya, dan dia tidak ambil pusing kritikan sesetengah pihak yang kurang senang dengan aksi dia dan isterinya itu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Johan Tampil Beri Penjelasan Mengejut Mengenai Isu Cium Mulut"

Post a Comment