TAHNIAH SHAHIEZY SAM MENANG ABPBH 2014




Pernah memenangi dua kali Anugerah Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam mengulangi sejarah apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2014 setelah mendapat sebanyak 265,000 undian.Kemenangan itu membolehkan Shaheizy Sam yang pernah membolot Anugerah Bintang Popular 2010 dan 2012, membawa pulang hadiah berupa sebuah Toyota Camry tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd. Selain itu, Sam turut membolot anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.




Majlis gilang-gemilang yang diacarakan oleh Amy Mastura, AG (Hot FM) dan Sherry Alhadad telah disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 15 kategori yang dipertandingkan:

Anugerah Bintang Paling Popular abpbh 2014: Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular: Hafreez Adam
Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias
Artis Duo/Berkumpulan Popular: Akim & The Majistret
Pengacara TV Lelaki Popular: Datuk Aznil Haji Nawawi
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Shah Iskandar
Artis Baru Wanita Popular: Ayda Jebat
Penyampai Radio Lelaki Popular: Johan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TAHNIAH SHAHIEZY SAM MENANG ABPBH 2014 "

Post a Comment